|
|
Bagi wanita, kehamilan atau
mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman
lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama.
Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi
bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak.
Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar
bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.
Pengalaman bersalin sepatutnya
menjadi satu pengalaman yang indah. Sesuai dengan itu, Salindah telah dihasilkan
untuk membantu ibu-ibu yang sedang mengandung. Set lengkap ini boleh diambil
mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari).
|
|
Setiap set lengkap Salindah (B1 hingga L12) dari Salindah.com akan datang
bersama-sama dengan
sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini
ialah:
-
Rancangan pemakanan kesihatan
dan rawatan ibu hamil sehingga pantang
-
Rajah perkembangan bayi dari
bulan ke bulan
-
Khasiat dan panduan penggunaan
Salindah
-
Rancangan penjagaan kesihatan
-
Senaman
|
|

Formula
Salindah ini dikeluarkan oleh
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail,
seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang
ternama di Malaysia.
Allahyarham Professor Dr. Azizan merupakan
wakil tunggal Malaysia ke Liga Medicorum Homeopathica Internationalis dan pernah
memegang jawatan sebagai Presiden DSAM (Direct Selling Association of Malaysia).
Allahyarham Professor Dr. Azizan mengenang
kembali sejarah penghasilan Salindah yang mula dipasarkan pada 1981:
"Salindah dirumus hasil melihat
isteri sendiri yang amat teruk apabila hamil dan melahirkan anak. Kemudian
terfikir mungkin begitu ramai lagi wanita lain menghadapinya. Saya membuat
kajian dan penyelidikan tentang masalah-masalah berkaitan kehamilan, semasa
melahirkan anak dan lepas bersalin. Akhirnya lahirlah rumusan SALINDAH".
|
|
|
|
Sempena perayaan ke-10 EEMSB di Kedah pada
02-April-2011, Salindah.com telah dianugerahkan Sijil Outlet Cemerlang. Kami di Salindah.com mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas
sokongan dan bantuan dari EEMSB terutamanya EEMSB Kuala Lumpur - En.
Abdullah (pengurus), Puan Afifah, En. Shahir dan Cik Husna. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda semua dengan sebaik-baik balasanNya.
|
|
|
|
Saya
menggunakan set lengkap Salindah untuk kedua-dua anak saya Qaseh Aliya dan
Qamil Asyraff. Selain daripada mudah bersalin, proses kelahiran anak pun
cepat. Dari segi kesihatan saya sendiri sepanjang hamil, alhamdulillah saya
mampu dan bertenaga memandu kereta yang adakalanya terpaksa berulang alik
dari rumah (Daerah Kota Belud) ke tempat kerja (Daerah Ranau) yang mengambil
masa 2 jam dan terpaksa melalui jalan berbukit-bukau dan Gunung Kinabalu itu
sendiri. Dari segi khasiat salindah utk anak itu sendiri, perkembangan minda
dan pertumbuhan kembang badan anak saya pun cepat. Cuba bayangkan anak
perempuan saya sekecil setahun 10 bulan sekarang dah boleh membantu mamanya
menjemur kain bersama-sama dan dah boleh menyanyi lagu 1 Malaysia. Pendek
kata I love Salindah...(Pn. Haslinda, wakil Sabah 019-8221782, 019-8233042) |
|
|
Copyright Salindah.com
// Salindah, Salindah Set Bersalin,
Salindah Era Edar // Examo Makanan Minda
Laman
web Examo (Examo CKM-500 dan Examo CKM-500 Plus) kini boleh dilawati di
www.examo.biz atau
www.examo.net.
Examo merupakan makanan minda berasaskan
homopati formula Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji
Ismail, yang juga merupakan pengasas produk Salindah.
|