-
Kemalangan, jatuh dsb.
Sekiranya pesakit merasa kebas-kebas pada anggota kaki atau tangan,
susah untuk menggerakkan kaki atau tangan, ataupun pesakit menghadapi
masalah mengawal pembuangan air kencing atau air besar, dikhuatiri
berlaku kerosakan pada spinal cord. Sekiranya ini berlaku,
pastikan pesakit tidak digerakkan dan dapatkan rawatan dengan kadar
segera. Sekiranya kemalangan tidak disertai dengan tanda-tanda serius di
atas, kemungkinan berlaku cedera ringan sahaja. Ambil ubat
tahan sakit seperti paracetamol, aspirin, dsb. di samping menggunakan
cara-cara luaran seperti penggunaan 'hot water bottle' pada tempat yang
rasa sakit. Bagaimanapun sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan sakit
yang kuat atau tidak sembuh dalam masa yang sewajarnya (12 jam) sila
dapatkan rawatan segera.
-
Jangkitan kuman yang akute
(acute) pada buah pinggang.
Selalunya pesakit merasa sakit pada kawasan kecil di bahagian belakang,
atas sedikit daripada aras pinggang. Jangkitan kuman juga menyebabkan
pesakit merasa tidak selesa, demam, dsb. Dapatkan rawatan segera dan
doktor anda mungkin akan memberikan antibiotik untuk membunuh kuman
tersebut.
-
Aktiviti lasak.
Aktiviti lasak seperti mengangkat benda berat dsb memberikan tekanan
pada tulang belakang anda. Anda boleh menghalang kejadian ini dengan
mengamalkan langkah-langkah yang perlu semasa duduk, tidur atau
mengangkat barang-barang berat.
-
Slipped disk.
Ia boleh berlaku selepas aktiviti-aktiviti lasak. Antara tanda 'prolapse
slipped disc' ini ialah sakit yang kuat sehingga pesakit tidak boleh
bergerak dengan baik atau sakit sehingga ke bawah kaki. Dapatkan rawatan
dari pakar. Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes tertentu.
-
Ankylosing spondylitis.
Sakit yang berlaku mula secara beransur-ansur. Ia selalunya berlaku pada
mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Rawatan segera diperlukan.
pesakit mungkin perlu menjalankan rawatan phisioterapi
-
Lumbar spondylitis.
Penyakit ini adalah sejenis penyakit arthritis. Ia berlaku kerana proses
penuaan dan kerapa berlaku pada mereka yang berusia 45 tahun ke atas.
Dapatkan rawatan segera.
-
Cervical spondylitis.
Ia juga seperti lumbat sponylitis tetapi menyebabkan rasa sakit di
bahagian tengkok. Dapatkan rawatan segera.
-
Osteoporosis.
Sila lihat rencana
kalsium.htm
-
Mengandung.
Sila lihat rencana
hamil_sakitbelakang.htm