
[Depan] [Cawangan] [Rencana] [Forum Perbincangan] [Kerjaya] [Jawatan kosong] [Pelawat]
|
|
KALSIUM Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa. Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti:
Keperluan kalsium Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini. Lelaki
Wanita
Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis. Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.
Sumber-sumber kalsium Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu. Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang. Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
Osteoporosis Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa. Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini. Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.
Adakah anda berisiko menghadapi osteoporosis?
Perkara-perkara lain
|
|