[Depan[Cawangan]  [Rencana]  [Forum Perbincangan]  [Kerjaya]  [Jawatan kosong]  [Pelawat]

 
             

 

 

      

SEMBELIT

Sembelit berlaku bila:

  • anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras

  • anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Statistik di Amerika Syarikat mendapati kes sembelit ini berlaku dan berlarutan kepada 10% hingga 15% populasi.

Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu (Berdasarkan kriteria Rome II - sila lihat http://www.romecriteria.org/index.html).

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Bagaimanapun ia perlulah dirawat supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk atau berlakunya masalah lain seperti kanser usus, buasir, dsb.

Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

 

Sebab-sebab berlakunya sembelit

  • kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula

  • kurang minum air

  • selalu menahan diri daripada membuang air besar

  • kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan

  • sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan

  • berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit

  • penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)

  • ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium

  • makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)

  • irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)

  • penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)

  • penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah)

  • untuk bayi - penggunaan tidak mengikut arahan (terkurang air). Ini menyebabkan berlakunya sembelit

  • untuk orang tua - otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman

 

Apa yang boleh anda lakukan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah:

  • minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan

  • makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan

  • kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).

  • tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda

  • Ambil ubat:

    • Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax). Pengambilannya tidak boleh diamalkan (sila lihat di atas). Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)

    • Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang. Pengambilan ubatan yang mengandungi macrogol seperti Forlax atau lactulose (Duphalac) adalah lebih digalakkan. Macrogol dan lactulose merupakan osmotic laxative pilihan yang disarankan oleh American College of Gastroenterology (ACG). Kajian baru-baru ini juga mendapati Forlax selamat untuk penggunaan kepada bayi dan kanak-kanak (walaupun begitu ia masih belum di"gazet"kan). Lactulose telah sedia diketahui selamat untuk bayi.

  • Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar

  • Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini kerana kesan-kesan sampingannya

  • ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg

  • ambil mineral magnesium

  • ambil bawang putih

  • ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau persediaan kapsul / tablet yang dijual di farmasi)

  • antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint

Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba. Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).