KESIHATAN REPRODUKTIF (PERANAKAN)
Artikel dari leaflet Kementerian
Kesihatan Malaysia
Definisi
Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia
bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif
(sistem peranakan).
Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan
dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.
Kesihatan seksual
-
Kesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif.
-
Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan
bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak.
-
Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala
tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga ?
-
Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam masyarakat.
-
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang
mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.
-
Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan
sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.
Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga
Peranan suami isteri
-
Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah
berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara
satu sama lain.
-
Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam
perhubungan seksual.
-
Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak
kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka.
-
Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
-
Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.
Peranan ibu bapa
-
Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga
diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
-
Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan
reproduktif.
-
Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.
-
Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang
pencabulan.
-
Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan
sewajarnya.
-
Mengajar batasan dalam pergaulan.
Peranan keluarga
-
Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan
keluarga.
-
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai
positif kepada generasi muda.
-
Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk
perlindungan dan kasih sayang.
-
Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat.
-
Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal
kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan
yang bijak.
Kitaran reproduktif
Bayi dan anak
-
Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem
reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi
sepenuhnya.
-
Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap
kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ
seks mereka.
-
Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal :
-
di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele,
undescended testis dan inguinal hernia
-
di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina
Peringkat remaja
-
Pada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahan lain
yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikut jantina.
Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.
-
Remaja perempuan - ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen. Ini
mengakibatkan :
-
pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan
berubah
-
penghasilan ovum dan kitaran haid
-
bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian
ari-ari
-
jerawat mula tumbuh
-
suara mungkin berubah dari suara
keanak-anakan kepada suara yang lebih matang
-
Remaja lelaki - testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon
ini membuatkan lelaki :
-
tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada
badan seperti misai dan janggut
-
suara mulai garau
-
menggalak pembinaan otot
-
mulai menghasilkan sperma
-
bahu dan dada menjadi bidang
-
jerawat mula tumbuh
-
mengalami mimpi yang mengghairahkan
sehingga mengeluarkan air mani
-
zakar dan buah zakar mula membesar
Persediaan untuk berumahtangga
-
Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak
agar bijak memilih teman hidup yang sesuai.
-
Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih
sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah
tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama.
-
Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan
saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang
sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni.
-
Persediaan perkahwinan termasuklah :
-
Memahami fungsi organ seks
-
Memastikan diri dan pasangan sihat dan
bebas daripada penyakit
-
Mengetahui perilaku seks yang selamat
-
Mengetahu mengenai perancangan keluarga
Persediaan untuk menimang cahaya mata
-
Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan
emosi yang akan terjadi semasa kehamilan.
-
Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal
dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan.
-
Ini termasuklah :
-
memahami proses kehamilan, kelahiran dan
kepentingan penyusuan susu ibu
-
Suami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab
sebagai bapa, antaranya :
-
Hentikan tabiat buruk seperti merokok,
meminum arak dan mengambil dadah
-
Peka kepada perubahan emosi dan fizikal
isteri yang hamil
-
Mengikut perkembangan kehamilan bersama
isteri
-
Menggalakkan isteri mendapatkan
pemeriksaan ante-natal awal dan berkala
-
Merancang kelahiran yang sihat
-
Membuat persiapan untuk menyambut
kehadiran bayi
Pembentukan keluarga bahagia
Keluarga terancang
-
Menentukan bilangan anak yang diingini
berdasarkan keupayaan kesihatan anda
-
Memastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi
untuk menyusukan bayi
-
Suami perlu menyokong secara aktif kaedah
perancangan keluarga yang dipersetujui bersama
Persediaan menghadapi
klimakterik
Setiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila
ia melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidak
reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.
Klimakterik di kalangan
wanita adalah :
-
Menopos (putus haid)
-
Perubahan emosi dan seksual
-
Peningkatan penyakit seperti osteoporosis,
penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan
-
Tanda-tanda awal menopos adalah:
Klimakterik di
kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelaki berumur).
Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada
gejala-gejala berikut :
Gejala-gejala klimakterik
boleh dikurangkan dengan :
-
Amalkan pemakanan yang sihat
-
Bersenam
-
Berhenti merokok
-
Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan
pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita)
-
Tidur yang mencukupi
-
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru
-
Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin,
ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak
-
Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh
mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang
terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih
Kegemilan hidup dalam usia
emas
Isu-isu berkaitan
Seks selamat
-
Perhubungan seks hanya dalam konteks
perkahwinan
-
Menggunakan kaedah perancangan keluarga
sekiranya dinasihatkan demikian
-
Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan
lengkap jika ada jangkitan kelamin
-
Elakkan hubungan seks berisiko:
-
Memulakan aktiviti seks pada usia awal
-
Hubungan seks dengan berbilang pasangan
-
Hubungan seks rambang
-
Memperdagangkan seks / pelacuran
-
Pasangan yang membuat hubungan dengan
berbilang pasangan seks
-
Hubungan seks luar nikah
Jangkitan kelamin
Penderaan seks
-
Perhubungan seks tanpa persetujuan
-
Hubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja
di bawah usia 16 tahun, walaupun dengan persetujuan mereka
-
Selalunya berkaitan dengan keganasan
-
Peristiwa yang traumatik yang memberi kesan
mendalam kepada mangsa dan keluarga
-
Mangsa mungkin mengalami :
Langkah pencegahan
penderaan seks
-
Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi
ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks
-
Pendidikan seks mengikut tahap umur
-
Mengetahui batas-batas perhubungan
-
Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku
seks
-
Mendapatkan rawatan awal
|
 |
|
 |
|
Baca komen netter di group Farmasi Anis
mengenai topik ini |
|
Baru: Komen anda
mengenai rencana ini |