[Depan[Cawangan]  [Rencana]  [Forum Perbincangan]  [Kerjaya]  [Jawatan kosong]  [Pelawat]

 
       
 

BAWANG PUTIH

Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

 

Antara bahan aktif garlic ialah:

  • alliin - dalam garlic yang segar

  • allicin

  • diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)

  • ajoene

Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

 

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini:

  • mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis - sila lihat di bawah.

  • mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.

  • membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).

  • mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.

  • mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :

    • garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.

    • garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.

    • garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.

Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA). Sila rujuk dha_good_for_brain_eye.htm

 

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.

Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.

Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

 

Kelebihan-kelebihan lain

  • Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.

  • Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus. Sila lihat rencana gastric_stomach_ulcer.htm.

  • Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).

  • Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.

  • Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).

  • Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.

  • Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical).

 

Perkara-perkara lain

  • Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.

  • Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.

  • Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi 'busuk' - terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.

 
 
ypal=n&popup=y&prvd=1&query=healthfood+healthcare+health+pharmacy+medical+medicine&r0=4&shipcost=n&siteid=0&sort=MetaEndSort&sortby=endtime&sortdir=asc&srchdesc=y&tbgcolor=FFFFFF&tlecolor=666600&tlefs=0&tlfcolor=FFFFFF&track=1872500&width=570"> tml>