-
Email perbincangan
perlu dihantar ke
farmasianis@yahoogroups.com.
-
Email perlulah berkaitan dengan masalah atau
perkara yang berkaitan dengan ubat, herba, kesihatan dsb, yang ada kena mengena
dengan tujuan lahirnya forum perbincangan email ini. Email-email lain, walaupun
bagus, tidak akan mendapat tempat.
-
Email-email berkaitan dengan skim
cepat kaya, surat berantai, jual kereta, rumah dsb tidak akan dilayan dan
penghantarnya akan terus disekat daripada menghantar email pada masa akan
datang.
-
Tajuk email hendaklah
bersesuaian dengan apa yang ingin diperkatakan.
-
Email hendaklah dalam
Bahasa Melayu. Email berbahasa lain (Bahasa Inggeris, Jawa, Banjar dsb) akan
diluluskan sekali sekala mengikut keperluan.
-
Sila pastikan ejaan-ejaan yang
dibuat adalah betul.
-
Sila gunakan bahasa yang
sopan. Bahasa yang kasar, mencemuh, menyerang individu dsb tidak dibenarkan
dalam diskusi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sesuatu individu,
hantar email terus kepadanya, bukan kepada diskusi ini.
-
JANGAN MENJERIT. DALAM BAHASA
EMAIL, TULISAN BESAR BERMAKNA MENJERIT. Huruf besar dibenarkan bila anda ingin
menekankan sesuatu perkara.
-
Semasa menjawab sesuatu
email, kami berharap agar anda dapat memadam isi kandungan email sebelumnya,
kecuali perlu.
-
Email yang terlalu pendek,
contohnya sebaris sahaja, tidak digalakkan. Sila buat penjelasan lanjut mengenai
perkara yang ingin anda perkatakan.
-
Email yang terlalu besar,
terutamanya dalam bentuk attachment, tidak digalakkan. Ia mungkin menyebabkan
kesukaran pada pihak penerima untuk menerimanya, terutamanya yang tidak
menggunakan web-based email seperti hotmail. Attachment juga adalah salah satu
cara virus merebak. Email yang diluluskan oleh Farmasi Anis adalah email yang
bebas dari virus.
-
Sekiranya anda mengforward
email dari tempat lain, sila bersihkan email dari karektor-karektor yang tidak
berkenaan seperti karektor ">" yang selalu ada pada email yang diforward.
-
Sekiranya anda tidak ingin menerima terlalu
banyak email yang dihantar, anda boleh memilih untuk menerima satu email
kompilasi sahaja setiap hari. Hantar email arahan ke
farmasianis-digest@yahoogroups.com
-
Sekiranya anda ingin berhenti
menerima email, jangan menghantarnya ke diskusi ini. Sebaliknya hantar email
anda ke
farmasianis-NOMAIL@yahoogroups.com.
Untuk menerima semula email, anda perlu menghantar email ke
farmasianis-NORMAL@yahoogroups.com.