[Depan[Cawangan]  [Rencana]  [Forum Perbincangan]  [Kerjaya]  [Jawatan kosong]  [Pelawat]

 
       
 

KUTU KEPALA

Kutu kepala adalah sejenis parasit yang menghisap darah. Kutu betina mengeluarkan lebih kurang enam telur setiap hari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala tiada kaitan dengan kebersihan. Orang yang bersihpun mengalami masalah ini. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

 

Tanda-tanda

  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

 

Apa yang boleh anda lakukan?

  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

  • Basuh cadar dsb dengan air panas.

  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.

  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

 

Ubat-ubat kutu yang boleh digunakan

  • Crotamiton.

  • Benzene hexachloride.

  • Malathion.

Ada di antara produk ini dalam bentuk shampo(A-Lices), krim (Eurax), losyen (Ridped)dan gel rambut (Jacutin). Sila baca aturan menggunakannya kerana ia berlainan antara produk-produk yang ada. Contohnya, ada di antara produk ini terpaksa diletakkan pada kepala selama sehari semalam. Ada yang mesti digunakan sekali seminggu, dsb.

Jangan gunakan jenama yang mengandungi bahan yang sama setiap masa untuk mengelakkan kutu menjadi resistant. Contohnya, sekiranya pada kali ini anda menggunakan bahan yangmengandungi Benzene hexachloride, pastikan anda menggunakan jenama yang mengandungi Malathion pula bila masalah ini terjadi semula.

Semua ahli keluarga hendaklah dirawat pada masa yang sama kerana kutu mudah merebak.