|
Farmasi Anis tidak keberatan untuk membenarkan
anda mencetak, menyalin, mengforward dsb artikel-artikel yang telah kami
sediakan di dalam laman web ini. Malah Farmasi Anis telah memberikan kebenaran
secara lisan kepada beberapa persatuan untuk memuatkan rencana-rencana ini di
dalam buletin persatuan atau syarikat mereka.
Rencana-rencana yang telah kami tulis adalah usaha
original ahli farmasi kami kecuali beberapa artikel. Dalam kes-kes ini selalunya
kami akan menulis sumber rencana tersebut. Ini adalah sebagai penghargaan pada
usaha dan masa yang telah diluangkan oleh penulis asli (original) dalam
menghasilkan rencana-rencana tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan
perkara ini, di harap dapat menghubungi kami melalui email di
Kepada anda yang ingin menggunakan sebarang
rencana dari laman web ini, kami berharap anda dapat melakukan perkara-perkara
ini:
Seelok-eloknya meminta kebenaran (tiada paksaan)
daripada pihak kami melalui email
atau telefon 03-89410054 (En Ibrahim). Ini hanyalah sebagai reference kami dan
bukannya bertujuan untuk mengenakan sebarang caj. Informasi yang ada di dalam
laman web ini semuanya percuma.
Kami amat berbesar hati sekiranya anda meletakkan
sumber rencana diambil, sekurang-kurangnya dengan mengaitkannya dengan laman web
kami www.anispharmacy.com. Kami
berharap dengan cara ini, lebih ramai lagi orang yang akan melawati laman web
kami dan ini menambahkan lagi keazaman kami untuk melakukan yang terbaik dalam
memberikan informasi yang tepat kepada anda. Kepuasan anda sebagai pembaca
adalah salah satu pendorong kami..
Seelok-eloknya juga diletakkan "disclaimer" kerana
sumber pembacaan ini hanyalah sebagai panduan dan bukannya untuk menggantikan
anda daripada mendapatkan nasihat terus daripada doktor, ahli farmasi, pakar
pemakanan dsb. Pihak kami tidak akan bertanggung-jawab sekiranya berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada pembacaan rencana-rencana
kami.
"Dan tidaklah Kami berikan kepada
kamu semua daripada ilmu-ilmu melainkan hanya sedikit sahaja." - Mafhum
Al-Quraan.
"Sekiranya air lautan itu
dijadikan tinta untuk menulis kalimah-kalimah Allah, nescaya ia tidak akan
mencukupi, walaupun Kami datangkan lagi satu lautan selepas itu." - Mafhum
Al-Quraan.
"Tuntutlah ilmu dari buaian
sehingga ke liang lahad (mati)." - Mafhum Al-Hadis.
"Ilmu pengetahuan itu lebih baik
daripada harta. KAMU menjaga harta, tetapi ilmu pengetahuan menjagamu." -
Syaidina Ali r.a.
"Berkongsilah ilmu. Ilmu, tidak
seperti harta, tidak akan berkurang bila dikongsi dengan orang lain. Malah ia
semakin banyak dan membiak."
|