ULSER MULUT
Ulser mulut
adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam
masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah
serius dan juga tidak berjangkit.
Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?
Ia terjadi pada
semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya
semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.
Tanda-tanda
Tanda-tanda
yang selalu dirasai:
-
tanda-tanda
bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh
persekitaran yang agak merah.
-
ulser ini
selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
-
sakit pada
bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau
minuman.
Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama
ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor
perlu diambil kira:
-
kecederaan
yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan
tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
-
daya menahan
sakit yang lemah.
-
kekurangan
zat dalam makanan yang diambil.
-
tekanan
perasaan (stress).
-
alahan kepada
makanan seperti nanas dsb.
-
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem
penghadaman.
-
pengambilan
ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine
seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
Langkah-langkah yang
boleh anda lakukan
-
jauhi makanan
yang terlalu banyak rempah.
-
kurangkan air
berasid.
-
gunakan
antiseptik untuk berkumur.
-
letak gel
untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh
diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
-
letak sedikit
ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
-
minum air
dengan banyak.
-
elakkan
daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau
Arcalion.
-
ambil mineral
zink dan zat besi.
-
tambah
pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
-
vitamin A dan
D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
-
untuk
meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C,
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
-
pengambilan
probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil
yougurt) mungkin boleh membantu.
Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu
membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
Anda perlu
membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius
seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti
kanser mulut atau STD.