HAMIL: PENING PAGI (MORNING
SICKNESS)
Morning sickness selalunya berlaku pada
trimester pertama (3 bulan pertama) mengandung. Ia terjadi kerana
pertambahan hormon yang drastik dalam darah. Selalunya ia berlaku pada waktu
pagi, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu-waktu lain.
Penggunaan ubat tidak digalakkan terutamanya pada trimester pertama. Bagi
kes-kes yang teruk, seperti sehingga hilang selera makan dan berlaku
penurunan berat badan, doktor anda boleh mencadangkan beberapa jenis ubat
yang didapati selamat untuk wanita yang mengandung. Antara yang khas untuk
orang yang mengandung ialah jenama Navidoxine yang mengandungi meclizine dan
pyridoxine (sila lihat dibawah). Ia juga boleh didapati dari
farmasi-farmasi.
Anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk mengawal rasa pening dan
ingin muntah anda:
-
minum air dengan banyak
-
makan makanan ringan seperti biskut sebelum
anda bangun daripada tidur
-
makan sedikit-sedikit tetapi dengan lebih
kerap
-
berhenti merokok (dan berhenti minum alkohol)
-
jauhi dari meminum kopi, susu dan minuman
bergas
-
rehat
-
lakukan senaman ringan di tempat yang berudara
segar
-
makan halia
-
ambil vitamin B6 (pyridoxine). Selalunya
vitamin ini sudah ada dalam vitamin yang diberi semasa mengandung seperti
Obimin