LELAKI: MASALAH KENCING /
PROSTAT
Lebih daripada
50% lelaki yang berusia 45 tahun dan 90% lelaki berusia 53 tahun mengalami
masalah berkaitan dengan kencing. Kebanyakan daripada mereka ini berpendapat
bahawa ia hanyalah disebabkan oleh faktor usia yang semakin meningkat. Oleh itu
mereka mungkin keberatan untuk mendapatkan bantuan professional. Walaupun
keadaan ini tidak menyebabkan kematian, ia boleh menyebabkan masalah-masalah
yang lebih berat sekiranya tidak dirawat.
Ada banyak jenis
penyakit yang boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan kencing ini. Antaranya
ialah:
Tanda-tanda
Antara
tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit berkaitan dengan kencing ialah:
-
kerap
kencing, contohnya kecing setiap 30 minit atau kurang terutamanya pada waktu
malam. Selalunya jumlah air kencing adalah sedikit sahaja.
-
Rasa ingin
kencing yang datang secara mendadak.
-
Pancutan air
kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat.
-
Sukar untuk
memulakan kencing.
-
Kencing
tidak tus (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing
sehingga habis).
-
Meneran
untuk mengeluarkan air kencing.
-
Perasaan
bahawa anda perlu berkencing lagi walaupun baru sahaja melakukannya.
Sebab utama
masalah kencing ini ialah BPH. BPH adalah sejenis keadaan di mana kelenjar prostat
membesar dengan cepat. Keadaan ini bukanlah sejenis kanser.
Benign
Prostatic Hyperplasia (BPH) (Benign = bukan kanser; Prostatic =
kelenjar; Hyperlasia = pertumbuhan yang tinggi)
Punca
BPH berlaku tidak diketahui. Namun para penyelidik mendapati bahawa BPH semakin
kerap berlaku apabila umur seseorang lelaki meningkat. Sebahagiannya mungkin
disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku pada seseorang lelaki yang semakin
berumur.
Selepas akil
baligh, kandungan hormon testosterone turun manakala hormon-hormon lain seperti
prolaktin, estradiol, hormon follicle-stimulating, hormon lutenizing dan
sebagainya naik. Hormon-hormon ini menggalakkan penukaran testosterone kepada
dihydrotestosterone (DHT). DHT inilah hormon yang bertanggung jawab menyebabkan
berlakunya BPH.
“Benign”
dalam nama penyakit ini bermaksud ia bukan barah. Oleh itu BPH bukanlah barah
prostat. Walaubagaimanapun perlulah dipastikan yang ketumbuhan itu bukan barah.
BPH adalah ketumbuhan bukan barah yang paling lazim berlaku di kalangan kaum
lelaki.
BPH
berlaku apabila bilangan sel di dalam prostat mula bertambah dan mengakibatkan
kelenjar prostat menjadi lebih besar. Pembesaran ini berlaku sedikit demi
sedikit dan mengambil masa agak lama. Sebenarnya, kebanyakan lelaki tidak sedar
akan masalah ini sehingga prostat cukup besar untuk menimbulkan simptom yang
berkaitan, terutamanya selepas umur 50 tahun.
Kelenjar
Prostat
Prostat adalah
organ yang terletak betul-betul di bawah pundi kencing. Ia berbentuk seperti
donut yang mengelilingi saluran kencing. Prostat sebahagiannya diperbuat
daripada serat-serat otot. Kelenjar prostat (prostate gland) ini menghasilkan
cecair mani, manakala otot-ototnya itu akan menolak cecair ini semasa ejakulasi
(pancutan semasa hubungan seks). Selain daripada itu, otot-otot ini juga
berkerja bersama-sama dengan otot pundi kencing untuk mengawal pengaliran air
kencing.
Dalam kes-kes
BPH, prostat yang semakin membesar akan menekan saluran kencing dan pundi
kencing. Ini menyebabkan air kencing di dalam pundi kencing tidak dapat
dikeluarkan secara berkesan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan pesakit-pesakit
yang tua membuang air kencing lebih kerap, pengaliran tidak kuat, dan sebagainya
- seperti yang telah diterangkan di atas.
Kesan-kesan
BPH
Sekiranya tidak
dirawat, BPH boleh menyebabkan masalah-masalah lain seperti :
-
sukar untuk
tidur, menyebabkan penurunan di dalam konsentrasi semasa bekerja, dsb.
-
dikhuatiri
airi kencing akan naik semula ke bahagian buah pinggang melalui saluran
kencing, dan menyebabkan kerosakan buah pinggang yang kekal.
-
air kencing
yang tidak dibuang di dalam pundi kencing mungkin terdedah kepada jangkitan
kuman, oleh itu risiko jangkitan kuman kepada pundi kencing meningkat. Ini
akan memburukkan lagi BPH.
-
teranan yang
berpanjangan ke atas pundi kencing (untuk membuang air kencing) boleh
menebalkan dinding pundi kencing dan melemahkan otot-ototnya. Ini boleh
menyebabkan pundi kencing tidak berfungsi.
Jalan
penyelesaian
BPH tidak boleh
disembuhkan melainkan dengan cara pembedahan, di mana tisu yang terlebih itu
dibuang.
Kaedah pembedahan ini telah lama diamalkan dan oleh itu kelebihan dan risikonya
memang sudah diketahui umum. Cara paling lazim dan berkesan untuk merawat BPH
ialah pembedahan yang disebut Reseksi Transuretral Prostat atau TURP
(Transurethral Resection of the Prostrate). Dalam pembedahan ini, pesakit
akan dibius dan doktor akan memasukkan satu alat khas ke dalam uretra melalui
zakar.
Doktor kemudian akan membuang sebahagian daripada bahagian dalam prostat.
Biasanya pesakit perlu tinggal dihospital selama 3 hari.
Pembedahan jenis lain adalah Insisi Transuretral Prostat atau TUIP
(Transurethral Incision on the Prostate) dan Prostatektomi Terbuka (Open
Prostatectomy). Pembedahan TUIP boleh
dijalankan jika prostat tidak terlalu besar. Sejenis alat akan dimasukkan ke
dalam uretra untuk membuat satu atau dua potongan pada prostat. Hasilnya,
tekanan pada uretra akan berkurang dan dengan itu pesakit lebih mudah kencing.
Pembedahan Prostatektomi Terbuka boleh digunakan jika prostat sudah menjadi
sangat besar. Sebahagian daripada bahagian dalam prostat akan dibuang.
Rawatan-rawatan
lain yang ada kini bagaimanapun dapat membantu mengatasi
simptom-simptom BPH. Antara yang sering digunakan ialah :
-
Perubatan herba
yang mengandungi Saw Palmetto dan Pumpkin Seed. Produk ini telah digunakan
dan didapati sangat berkesan. Saw Palmetto diambil secara berasingan atau
bersama-sama dengan Pumpkin seed, Nettle root atau Pygeum.
-
Saw
Palmetto (Serenoa serrulata) adalah pokok sawit kecil yang tumbuh di
Pinggiran Pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam
rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat
berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat. Saw Palmetto
mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu menghalang
enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, DHT tidak boleh melekat kepada
kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan di hancurkan dan kemudiannya
dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan.
-
Pumpkin
seed (Cucurbita pepo) juga telah digunakan sejak lama dulu dalam
menangani masalah prostat. Ia banyak diamalkan di Eropah. Ia dikatakan
berkesan kerana mempunyai kandungan "asid lemak perlu", zink
dan sterol.
-
Pengambilan
kedua-dua produk di atas sekaligus didapati selamat dan sangat berkesan.
Kesan baikpulih dapat dilihat dalam masa 4 minggu.
-
Ubat-ubat
konvensional seperti :
-
Finasteride
yang menahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu testosterone tidak boleh
bertukar kepada DHT.
-
Terazosin,
doxazosin, dsb. Produk jenis ini me'relex'kan otot-otot prostat. Ini
akan mengurangkan tekanan yang diberikan kepada saluran kencing.
Perkara-perkara
lain
-
Perubatan
herba memberikan satu alternatif untuk membantu merawat BPH secara
semulajadi.
-
Pembedahan,
walaupun merupakan satu penyelesaian segera, tidak mengambil kira tentang
sebab penyakit ini berakar umbi. Ini bermakna masih ada kemungkinan ia akan
berlaku semula bila keadaan mengizinkan, seperti bila berlakunya perubahan
hormon dan sebagainya. Penggunaan ubat-ubatan moden pula merupakan satu cara
yang sangat efektif. Bagimanapun ada orang yang akan mengalami kesan-kesan
sampingan tertentu.
-
Pengubahsuaian
cara hidup adalah penting untuk membantu mengurangkan simptom-simptom BPH :
-
Pengambilan
alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting
untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya. Zink
sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink
10 kali ganda berbanding organ yang lain. Zink membantu mengurangkan
kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan
penukaran hormon testosterone kepada DHT.
-
Kurang
senaman akan menyebabkan perjalanan darah tidak begitu lancar. Ini
memberikan kesan yang tidak baik kepada prostat. Anda digalakkan
bersenam mengikut jadual.
-
Tekanan
perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ia mungkin
mengaktifkan 5-alpha reductase dan kandungan DHT akan meningkat.
-
Merokok
akan menyebabkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia
boleh memburukkan lagi keadaan pesakit BPH.
-
Makanan
yang kaya dengan karbohidrat dan kolesterol boleh memburukkan lagi
keadaan. Sebaliknya diet yang kaya dengan protin didapati membantu
mengurangkan simptom-simptom BPH.
-
"Asid
lemak perlu" seperti Omega-3 dan Omega-6 adalah penting untuk
pembikinan pelbagai jenis hormon lelaki. Kebanyakan lelaki yang
mengalami masalah BPH didapati mengambil "asid lemak perlu"
ini dalam kuantiti yang tidak mencukupi.
Penutup
Sekiranya anda
syak anda menghidap BPH, dapatkan nasihat doktor anda untuk memastikan bahawa
anda tidak menghidap kanser prostat kerana tanda-tandanya sama dengan BPH.
Selain itu amalkan cara-cara berikut :
-
Ambil
sekurang-kurangnya 30mg zink sehari
-
Ambil
Omega-3 (minyak ikan - sila lihat
dha_good_for_brain_eye.htm)
dan Omega-6 (EPO - sila lihat
evening_primrose_oil.htm)
-
Tambah
pengambilan sayur-sayur hijau yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat
-
Amalkan
pengambilan herba Saw Palmetto dan Pumpkin seed 3 kali sehari selepas makan.
Kesan baiknya akan dapat dilihat dalam masa 4 minggu. Selepas itu dos boleh
dikurangkan kepada sebiji sehari.
-
Berhenti
meminum alkohol
-
Minum
sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari untuk membuang toksin dari
badan
-
Senaman yang
berjadual dapat meningkatkan perjalanan darah ke bahagian prostat
-
Kurangkan
pengambilan daging dan lemak haiwan. Kandungan lemak tepu yang tinggi
diakitkan dengan risiko kanser prostat yang lebih tinggi
-
Genistein
yang terdapat di dalam protin soya dikatakan dapat mengurangkan risiko
kanser prostat