
[Depan] [Cawangan] [Rencana] [Forum Perbincangan] [Kerjaya] [Jawatan kosong] [Pelawat]
|
BERHENTI MEROKOK 20-03-2003: Terkini, formula baru untuk mengira risiko mendapat kanser paru-paru bagi perokok. Rokok menyebabkan kanser. Bagaimanapun satu fakta yang perlu anda ketahui ialah bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin bukanlah bahan yang menyebabkan kanser ini. Walaupun demikian, nikotin boleh menyebabkan masalah sakit cardiovascular. Bahan-bahan lain di dalam rokok ialah tar (kanser) dan carbon monoxide (sakit cardiovascular).
Risiko-risiko menghisap rokok Rokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut:
Kesan rokok ini bukan sahaja mengenai orang yang merokok (active smoking) tetapi juga orang yang tidak merokok yang duduk dekat dengan perokok dan menghidu asap rokok (passive smoking) terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Adakah anda ketagih merokok? Untuk menentukan sama ada anda seorang penagih rokok atau tidak, sila jawab soalan-soalan di bawah dan berikan markah sebagaimana yang dinyatakan (Fagerstrom Questionnaire):
Bandingkan markah yang anda dapati dengan carta di bawah ini:
7 cara untuk membantu anda berhenti merokok
Antara produk yang ada di pasaran yang boleh membantu anda berhenti merokok ialah:
Peringkat awal berhenti merokok Peringkat awal berhenti merokok mungkin adalah peringkat yang paling sukar bagi sesetengah perokok. Tanda-tanda atau simptom awal (dipanggil withdrawal symtoms) adalah seperti rasa mudah marah, sukar mengawal perasaan, kurang konsentrasi, risau, sukar untuk tidur, batuk, penurunan kadar nadi dan bertambahnya selera makan. Kesan-kesan ini selalunya akan hilang selepas tiga hingga empat minggu.
Nicorette
Jenis Nicorette yang mana yang sesuai untuk anda?
Markah 0 - 3 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda tidak begitu ketagih sangat. Untuk membantu anda berhenti merokok, dapatkan Nicorette Gum (Regular Strength) ataupun Nicorette Inhaler.
Markah 4 - 5 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda memerlukan Nicotine Replacement Therapy. Anda boleh menggunakan Nicorette Gum (Regular Strength), Nicorette Patch atau Nicorette Inhaler.
Markah 6 - 10 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda didapati sangat ketagih kepada nikotin. Anda perlu mengambil Nicorette Gum (Extra Strength) ataupun Nicorette Patch.
Nicorette Gum
Nicorette gum adalah sejenis getah kunyah (cewing gum) yang dapat membantu anda mengawal dan menahan rasa ingin merokok. Ia boleh digunakan pada masa-masa tertentu yang anda kehendakai contohnya semasa anda berada di kawasan larangan merokok dsb. Nicorette Gum (Regular Strength) 2mg adalah sesuai untuk anda yang tidak mengalami ketagihan rokok yang serius (Markah 0 - 5 sahaja). Nicorette Gum (Extra Strength) 4mg pula sesuai untuk anda yang sangat ketagih pada rokok. Cara menggunakan Nicorette Gum adalah berlainan berbanding getah kunyah yang biasa. Anda perlu mengunyah secara perlahan-lahan sehinggalah rasanya menjadi agak kuat. Selalunya ini dapat dicapai dalam masa seminit. Selepas itu, letakkan Nicorette Gum pada bahagian antara gusi dan pipi anda dan biarkan di situ sehingga rasa yang kuat tadi telah hilang. Sambung kunyahan anda. Setiap keping Nicorette Gum perlu digunakan selama 30 minit.
Nicorette Patch
Nicorette Patch adalah sejenis plaster yang ditampal di tempat-tempat tertentu sekali sehari. Ia membekalkan nikotin ke dalam badan anda selama 16 jam semasa anda tidak tidur. Ada tiga jenis Nicorette Patch yang mempunyai kekuatan berlainan. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai markah 4 - 10 pada skala Fagerstrom Questionnaire. Sekiranya anda menggunakan cara ini, anda perlu meletakkan patch atau plaster tersebut sebaik sahaja anda bagun pagi. Ia perlu dicabut sebaik sahaja sebelum anda tidur. Ia perlu dilekatkan pada bahagian badan yang bersih, kering dan tidak berbulu di bahagian depan dada, atas lengan, peha atau bahagian "hip". Sekiranya boleh letakkan pada tempat yang berlainan pada setiap hari.
Nicorette Inhaler
Nicorette Inhaler atau Sedutan Nicorette sesuai untuk anda yang tidak mempunyai tahap ketagih yang tinggi (sesuai untuk skala 0 - 5) dan anda yang terbiasa membawa tangan anda ke mulut seolah-olah ingin merokok.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||