-
wanita berusia 15 - 45 tahun adalah lapan kali
ganda lebih terdedah kepada jangkitan kuman ini berbanding lelaki
risiko akan meningkat kepada mereka yang aktif
dari segi seks
4 - 10 peratus wanita hamil mengalami
kehadiran bakteria di dalam air kencing. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan
lanjut, sehingga 40% daripada mereka ini akan mengalami UTI
orang yang sedang berbulan madu. Hubungan seks
yang kerap pada masa tersebut mungkin menyebabkan luka kecil yang akan
menyebabkan kehadiran kuman. Selain daripada itu, kebersihan perlulah dijaga
dengan baik, contohnya basuh kemaluan setiap kali selepas mengadakan
hubungan kelamin dengan pasangan
bed-ridden iaitu orang atau pesakit yang
jarang bergerak seperti terlantar sakit dsb
struktur saluran kencing yang tidak normal
pesakit-pesakit yang mempunyai sistem
pertahanan badan yang lemah seperti pesakit barah atau kerana penggunaan
steroid yang lama
penggunaan tiub di dalam saluran kencing
penggunaan diaphragm. Sila buat pemeriksaan
untuk memastikan bahawa diaphragm dipasang atau berada dalam kedudukan yang
betul
penyakit-penyakit lain seperti pesakit yang
menghadapi BPH (Benign Prostate Hyperplasia), batu karang, dsb.
pakaian yang telalu ketat yang memerangkap
lembapan, menyebabkan bakteria lebih mudah membiak
sebab-sebab lain seperti penggunaan tampon
terutamanya menggunakan tangan yang tidak dibasuh