001 - Fatihah (Pembukaan)
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
|
[1.1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1.2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [1.3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1.4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [1.5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [1.6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [1.7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. |