097 - Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
|
[97.1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [97.2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [97.3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [97.4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [97.5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! |