099 - Zalzalah
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
|
[99.1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [99.2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, [99.3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" [99.4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: [99.5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [99.6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [99.7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99.8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |