|
|
TESTIMONI
Untuk menghantar testimoni anda, sila klik di sini

Produk ini telah terkenal
keselamatannya dan keberkesanannya. Testimoni di bawah adalah sebagai panduan
sahaja. Pengambilan Salindah adalah sebagai satu usaha puan. Tidak semestinya
semua pengguna mengalami kesan yang sama seperti di bawah ini. Kami berharap
pengambilan Salindah memberikan manfaat kepada puan, insya-Allah.
Testimoni di bawah adalah daripada
yang telah disini oleh pengguna
www.salindah.com di borang yang dinyatakan di atas dan tidak diedit. Anda
juga boleh berkongsi pengalaman di
Facebook kami.
Puan Mariyanti, Terengganu. yanti7070@gmail.com
Saya ibu kepada 3 orang anak berusia 9,6 dan 3 tahun. Saya mengambil produk
salindah ketika mengandung ketiga-tiga anak saya. Alhamdulillah saya tidak
mengalami sebarang alahan dan cergas sepanjang kehamilan. Proses kelahiran juga
mudah dan tidak mengambil masa yang panjang. Anak-anak juga jarang demam dan
jika demam sekalipun mereka tetap aktif. Mereka juga cepat belajar, ini terbukti
anak sulung dan anak kedua dapat membaca buku dan Al-Quran dengan baik sejak di
tadika lagi dan mereka telah pun khatam Al-Quran. Sekarang saya memberi
ketiga-tiga anak saya Examo dan anak yang sulung diberi MATSA juga. Terima kasih
kerana memperkenalkan produk yg berkualiti.
Beri
respons anda kepada testimoni ini.

Puan Diana, Kajang
Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
tahniah kepada pihak SALINDAH kerana telah menghasilkan produk yang telah
membantu begitu ramai para ibu menikmati saat kehamilan yang manis dan anak-anak
yang pintar dan sihat. Saya telah mengambil SALINDAH pada kehamilan yang pertama
seawal kandungan 3 bulan setelah melihat rakan-rakan wanita sepejabat yang
melahirkan anak-anak yang cerdik dan sihat dengan mudah. Atas nasihat
kawan-kawan, saya mengamalkan set hamil SALINDAH. Walaupun saya tidak melahirkan
anak yang sulung secara normal (terpaksa dibedah kerana tali pusat membelit
leher bayi), saya tidak mengalami alahan yang teruk dan kekal aktif sehingga ke
akhir tempoh kehamilan. Sewaktu menunggu di bilik bersalinpun, saya masih mampu
menahan kesakitan tanpa perlu mengambil sebarang ubat penahan. Alhamdulillah,
walaupun terpaksa dibedah bayi yang saya lahirkan sihat dengan berat 3.18kg.
Doktor sendiri memuji kulit bayi saya yang putih bersih (sedangkan kami ibu dan
ayahnya berkulit gelap) tanpa sebarang kerak dan matanya yang hitam bersinar
seperti kanak-kanak yang bijak. Jururawat dan ibu saya yang memandikan anak saya
juga terperanjat apabila mengatakan tulang anak saya kuat dan mampu berdiri
(diampu) walaupun belumpun seminggu usianya. Perkembangan anak saya juga amat
positif, dia seorang yang cepat belajar, ceria, aktif, bijak dan sihat. Kini
saya memberikan EXAMO kepada anak saya semenjak usianya 1 tahun. Kini anak saya
telah berusia 2 tahun 9 bulan dan saya sedang hamil anak yang kedua dan kini
berusia 9 minggu. Suami saya sudah tidak sabar untuk mendapatkan SALINDAH untuk
anak kami yang kedua. Saya juga pastinya tidak sabar untuk menikmati saat
kehamilan yang indah bersama SALINDAH. Sudah tentu kita sebagai umat Islam akan
berpegang kepada usaha, doa dan tawakal. Amalan sepanjang kehamilan dan cara
pembentukan semasa membesar perlulah mengikut ajaran Islam untuk melahirkan anak
yang bijak dan baik sahsiahnya. Nasihat saya kepada ibu-ibu yang belum pernah
mengambil SALINDAH dan bercadang untuk mengambilnya, ambillah SALINDAH dengan
rasa yakin disamping berdoa kepada ALLAH dipermudahkan segala-galanya. Terima
kasih. Beri
respons anda kepada testimoni ini.

Puan Alyza, Kuala Lumpur
Alhamdulillah setelah menunggu selama 5 tahun saya telah hamil anak pertama dan
dari awal kehamilan saya telah mengambil set kehamilan SALINDAH sehingga selamat
melahirkan anak (3.5kg) dengan mudah kini anak saya berusia 1 tahun 3 bulan dan
kepintaran, kecerdasan dan perkembangannya sangat membanggakan saya dan
keluarga. Anak saya juga sihat jarang terkena deman atau selsema walaupun tiada
pantang yang diamalkan. Saya amat bersyukur kini saya telah disahkan hamil anak
kedua dan saya akan terus menggunakan produk SALINDAH untuk memastikan saya
terus mendapat kebaikan dan manafaat untuk anak saya kelak.
Terima kasih SALINDAH.

Puan Tini, Terengganu, tini_fad@yahoo.com
sekarang saya pregnant anak sulong dan kandungan saya 38minggu.lagi 2minggu saya
akan melahirkan anak ini.alhamdullah sepanjang tempoh saya mengandung ini,saya
tidak mengalami sebarang masalah. saya makan salindah dari B1-B5 sekarang
in..produk ini amat bagus.

Puan Norazilah, Johor, zuhaizila@yahoo.com.my
Pada tahun 2007 saya telah melahirkan anak SALINDAH saya dan kini berusia 3
tahun lebih, anak saya sangat petah bercakap, senang faham dan yang paling
menggembirakan saya dia telah menghafal kebanyakan surah-surah lazim, ayat kursi
dan sebahagian surah yasin. Kecerdasan otak dan iq sungguh membanggakan. Walau
bagaimanapun kita tidak boleh bergantung harap kepada SALINDAH sahaja, sewaktu
hamil saya mengamalkan membaca al-quran dan setiap malam saya membaca surah
yassin dan setiap ayat yang akhirnya ada perkatan 'mubin' saya akan berdoa untuk
bayi dalam kandungan. Kepada ibu-ibu dan bakal ibu berdoalah dan mohonlah kepada
ALLAH dengan apa cara sekalipun kerana doa ibu paling mustajab untuk anak.

Puan Zainani, Kuala Lumpur, NANIEE4001@GMAIL.COM
SEMASA MENGANDUNG SAYA MENGAMALKAN SET SALINDA. ANAK SAYA SEHAT,PINTAR DAN KULIT
HALUS SEHINGGA SEKARANG SAYA MENGAMALKAN ALPAN DAN ASMAKUR. JIKA ANAK DEMAM DIA
AKAN TERUS SEMBUH .ALHAMDULILAH PRODUK ERA EDAR SANGAT MENAKJUBKAN.

Puan Afwan, Pahang
Sangat2 berpuas hati dengan Salindah...!!!terima kasih banyak2...saya
menggunakan salindah semasa mengandungkan anak pertama...sangat teruja melihat
perkembangan anak yang sudah pun berumur 2 thn.sangat petah dan cepat
belajar..kini saya mengandung anak yg kedua, dan xsabar menunggu usia kandungan
3 bln untuk menggunakan produk Salindah..

Puan Faridah, Kedah
anak sulong sy x gunakan salindah..... proses bersalin teramat lama dan sakit
start bukaan 3. anak kedua sy guna salindah dan ianya berbeza sgt, bukaan 6 pun
blum rs sakit, bila sakit meneran ja cepat proses tu. skrang dah 7 bln ngandung
anak ke tiga... sy trus gunakan salindah....insyaallah hrp dipermudahkan proses
bersalin nnt.

Puan Zaliha, Penang, zaliha_elias@yahoo.com, 012-4367886
kakak saudara sy menggunakan salindah di awal kehamilan sehingga
bersalin,alhamdulilah dia senang bersalin dn paling penting anaknya blh berjalan
di usia 7bln ,hyperaktif ,bijak,jarang demam,batuk,dn selsema.semasa berpantang
dia jg mgambil salindah,alhamdulilah,dia sht dan cergas.

Puan Anna, Labuan, anna.mariana09@gmail.com
Saya telah mencuba produk ini ketika mengandungkan anak yang ke tiga. Perbezaan
yang ketara pada anak saya berbanding pertama dan kedua.. tahap iq nya sangat
memberangsangkan. Malah anak saya yang ketiga ini amat petah bercakap seawal
usia 2 tahun. Kini anak saya berusia lima tahun, dan dia telah mendapat
keputusan yang agak baik di sekolah tadika dengan mendapat tempat ke dua di
dalam kelas. Tahun ini dia bercita2 ingin mendapat tempat pertama, Insya
Allah... mudahan kecerdikannya kekal hingga dewasa kelak...

Puan Salmah, Sarawak, sayangshalmah@yahoo.com, 013-8174716
Saya melahirkan anak sulung pada 31 Januari 2011 yang lalu, dan sekarang
alhamdulilah telah selamat menempuh tempoh berpantang selama 40 hari.Hatta, pada
saat menulis testimoni ini, saya masih makan L12(produk salindah).
Sepanjang tempoh mengandung, saya tidak mengalami sebarang alahan sehinggalah
saat hendak melahirkan anak. Kesakitan selama setengah hari yang dilalui semasa
di hospital dihadapi dengan tenang. Selepas setengah jam keluar dari bilik
bersalin, saya boleh bergerak dan masih kekal cergas. Saya sendiri tidak
mempercayai apa yang saya lalui ini kerana rata-rata kawan yang selalu
dikunjungi di wad bersalin selalu kepenatan sehingga mereka perlu tidur 3-4 jam
selepas bersalin.
Saya sarankan ibu-ibu yang mengandung, ambillah salindah untuk kebaikan anda dan
bayi anda. Saya sudah rasai kehebatan produk ini.
Terima kasih salindah!

Puan Afnida, Kedah, afnida_anaur@yahoo.com
Allhamdulillah saya ditemukan dengan Salindah sejak sebelum kahwin lagi..Ibu
saya beriaya-iya menyuruh saya menggunakan produk Salindah bila saya hamil. Jadi
sewaktu kehamilan anak pertama saya mula menggunakan Salindah, alhmdulillah saya
boleh bersalin normal walaupun Dr hanya memberi peluang untuk mencuba kerana
saya bersaiz kecil dan dikatakan sukar untuk bersalin normal...anak saya hanya
2.2kg masa bersalin. Walaupun kecil dia sangat aktif dan kini dia sudah berusia
1thn 4bln dan mempunyai brat 10kg. IQ nya juga baik mudah memahami apa yang kita
cakap sejak berusia 8bulan. Alhamdulilah anak saya juga jarang demam dan
sakit...saya tidak pernah mengambil suntikan imunisasi seperti yang ditetapkan
(kecuali BCG), kerana saya mendapat maklumat bahawa sistem imunisasi anak akan
lemah jika kita mengambil suntikan tersebut. Selain Salindah, saya juga
menggunakan growell dan susu Biolec untuk tumbesaran si kecil saya.

Puan Zurina, Pahang, salmah.ahmad73@gmail.com, 019-9889615
saya telah mengenali salindah hampir 18 tahun.saya menggunakan salindah dari
anak pertama hingga kini sedang mengandungkan anak yg keempat.saya melalui
proses kehamilan & kelahiran yg mudah & normal.anak2 saya dilahirkan dengan
berat 2.1kg,2.5kg & 2.9kg alhamdulillah semuanya membesar dengan cergas &
cerdas..... ramai teman2 yg menegur anak2 saya memiliki kulit yg cantik,halus &
gebu......ketika saya melahirkan anak saya yg ke 2 ibu mertua saya terkejut
sesampai saja di hospital jam 8.30pm pada jumaat 09.04.04 x sampai 1 jam saya
telah melahir putri saya yg kedua yg di beri nama sakinah.dan sekarang saya
telah meneruskan kebaikkan salindah dengan susu bio-lac examo kids...... kepada
bakal ibu manfaatkanlah salindah sebagai inisetif agar dapat mengharugi
kehamilan & kelahiran dengan mudah , biar seribu produk yg datang saya tetap
dengan salindah.dan kini saya sedang menunggu saat kelahiran anak saya yg
keempat pada bln april 2011 insyaallah.
TERIMA KASIH SALINDAH TIADA YG SERUPA DENGANYA.

Puan Zuraida, Selangor, zamrizuraidah@yahoo.com
saya bangga menggunakan produk salindah....anak saya juga sangat cergas dan
mudah memahami....tulang anak saya saya juga kuat..dia mula meniarap ketika umur
3 bulan dn berjalan ketika umur 10 bulan..semasa saya mengandungkan anak pertama
kami saya juga sangat cergas dan bertenaga..dan saya sentiasa sokong produk
salindah.

Puan Norizan, Sarawak, akaejan@gmail.com
Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi dgn kurnia-Nya saya telah selamat
melahirkan anak lelaki yang kedua pada 27 Julai 2010,(3.2kg) yang lalu.Saya juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada produk Salindah kerana Salindah
telah banyak menolong saya sepanjang waktu kehamilan dah dalam tempoh berpantang
saya sentiasa kekal cergas dan sihat sehingga kini.
Anak saya kini berusia 5 bulan,memiliki kulit yang putih dan gebu,sihat,tulang
yang kuat dan tidak banyak meragam.
Insyallah,sekiranya ada rezeki lagi pada tahun hadapan,saya akan terus
menggunakan Produk Salindah ini.
Terima Kasih Salindah!!!

Puan Lia, Klang
Saya sedang mengandung anak ke-3..semasa mengandung anak ke-2 saya telah
menggunakan Set Lengkap Salindah yg telah di beli di Klinik di Pelabuhan
Klang..Komen saya..produk ini sgt2 bagus..saya dpt rasakan yg saya amat mudah
bersalin walaupun anak saya terbelit tali pusat,sekejap jer..suami,jururawat dan
doktor telah menjadi saksi..alhamdulillah..anak saya ini sgt bijak dan
aktif..saya akan terus menggunakan produk ini..Terima Kasih..

Puan Norhana Ab Samad, Springhill, Port Dickson
Saya menggunakan Salindah mulai dari anak pertama hingga kini sedang
mengandungkan anak keempat. Saya melalui proses kehamilan dan kelahiran yang
menyenangkan dan normal walaupun anak-anak saya lahir dengan berat badan 3.1kg,
3.9kg dan 3.6 kg. Alhamdulillah kesemuanya lahir dan membesar sebagai anak-anak
yang comel, sihat dan mempunyai tahap IQ yang boleh dibanggakan. Kesemua mereka
saya beri Examo mulai umur 1 tahun ke atas dan mereka boleh bertutur dengan baik
seawal umur 1 tahun ++. Melihat mereka sekarang, saya merasakan Salindah adalah
satu pelaburan terbaik saya buat permata hati saya yang tidak ternilai dari
Ilahi.

Puan Ayu
012-6746694
Assalamualaikum....
Saya mengenali produk Dr Azizan sejak belajar di universiti lagi tetapi semasa
mengandung anak pertama tahun 1999, saya tidak berjaya menemui Salindah. Saya
melahirkan anak pertama secara ceasarian kerana bukaan pintu rahim hanya setakat
7cm dan mengharungi tempoh prakelahiran yang sangat panjang..ditambah dengan
berat baby 4 kg.
Saya mengambil salindah apabila mengandung anak kedua, ketiga dan keempat.
Kesannya.. saya berjaya bersalin secara normal walaupun berat baby 3.5kg, 3.8kg
dan yang keempat 4.05 kg dengan mudah. Tempoh berpantang dengan Salindah sangat
mudah dan selesa ...berbeza dengan pengambilan herba yang kadang-kala
menimbulkan masalah kepada ibu dan bayi.Badan terasa segar walaupun baru tiga
hari bersalin.Saya tidak pernah bertungku tetapi pengecutan rahim berlaku dengan
cepat. Kesan yang ketara...anak-anak Salindah mempunyai sistem imun yang kuat.
Alhamdulillah ....setakat ini dengan izin dan peliharaan Allah anak saya terlalu
jarang sakit dan kalau demam biasa mereka cepat sembuh. Berbeza dengan
kawan-kawan yang sering merungut anak mereka kerap demam, batuk dan selsema
serta mengambil masa yang lama untuk sembuh. Untuk meneruskan kebaikan salindah
ini saya teruskan dengan pemberian Examo dan susu Intelac.
Kepada bakal ibu.. manfaatkan Salindah sebagai satu inisiatif agar dapat
mengharungi kehamilan, kelahiran dan seterusnya dengan lebih mudah dan selesa.
Biar seribu produk yang ada..PILIHAN SAYA TETAP SALINDAH.

Ade Natalisa, Kampung Baru
Anak pertama dah makan salindah... kakak ipar yg cadangkan.. saya tak menalami
mabuk atau ape saje tanda yg selalu di alami oleh org mengandung... cume perut
saje yg membesar..sewaktu hari saya melahirkan... saya lah antara org yg paling
cepat.. saya mengambil B6 15minit sekali... sehingga habis.. setelah itu saya
menunggu tanpa sebarang kesakitan.. Doktor merasa hairan kenapa saya tidak
mengerang kesakitan apabila contraction.. tidak seperti ibu2 yg lain... semasa
saya dimasukkan ke wad rahim saya telah terbuka sebanyak 2cm...setelah 2jam
rahim saya dah terbuka 5cm..doktor terkejut betapa cepat nye proses itu...
kerana ibu yg lain ada yg sudah hampir 24jm..masih juga 3cm... bertambah hairan
bila doktor menanyakan bahwa kenapa saya tidak merasa sakit.. saya cume menjawab
saya makan ini...sambil menunjukkan SALINDAH... 8cm saya sudah boleh melahirkan
cuma mengambil masa 10-15 minit saja...
kini anak saya yg sulung berusia 8thn...bersekolah d sekolah cina..anak saya
mengamalkan EXAMO semenjak berumur 2thn.. Alhamdulillah dia mendapat BEST
STUDENT IN MATHEMATIC di sekolah tersebut...

En Riezal, Batu Caves
Assalamualaikum..
bersyukur ke hadrat Allah s.w.t isteri saya telah selamat bersalin anak pertama
kami secara normal pada 7 Julai 2010. Baby boy berat 3.08kg.. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada produk Salindah kerana sejak usia kehamilan 3
bulan, saya telah belikan set Salindah dan beri kepada isteri saya untuk
mencuba. Sepanjang kehamilan isteri saya kurang mengalami sakit2 yang teruk..
ketika ingin bersalin isteri saya cuma mengambil masa 15 minit sahaja sebelum
dapat melahirkan baby kami. Sekarang setelah anak saya berusia 3 hari, saya
nampak tanda-tanda dia telah mula mengangkat kepalanya kepalanya sendiri dan
mula menendang. Ibu dan bapa mertua saya juga hairan melihatnya..

Puan Rosadia, Seremban
assalamualaikum,
Saya menggunakan set lengkap SALINDAH ketika mengandungkan anak kedua yaitu pada
thn 2007, masa anak pertama tahun 2003 saya ada juga mencari SALINDAH tapi tak
berjumpa masa tu mungkin belum rezaki lagi agaknya.
Perbezaan antara anak pertama dan kedua saya amat ketara, Anak pertama saya
mudah mendapat demam, kurang keyakinan diri, dan mengenal huruf pun masa umurnya
5 tahun,mempunyai perwatakan yang agak lembut dan pemalu.
Bagi anak kedua pula ia tidak mudah mendapat demam, agak aktif ,berkeyakinan
mempunyai tulang yang agak kuat, dlm usia mencecah 3 thn dia sudah boleh mengira
sampai 10 dan mengenal beberapa huruf abc dan alif ba ta, mudah berkawan dan
sentiasa mengingatkan kami sekeluarga membaca doa semasa makan..
Dan untuk anak ketiga saya juga pasti menggunakan SALINDAH hari ni baru nak
pergi beli, sebab kandungan dah nak masuk 12 minggu..
tq SALINDAH

Puan Susie, Johor Bahru
Salam, saya telah menggunakan set mengandung Salindah sejak saya mengandungkan
anak pertama & kedua.Saya menggunakan seawal usia kandungan 3 bulan (12mggu).
Hasilnya semasa mengandung saya tidak mudah letih dan sentiasa cergas walaupun
saya perlu memandu 1 jam setengah setiap hari untuk ke pejabat. (Pergi balik 3
jam.)Alhamdulillah semasa melahirkan juga tidak menunggu masa yang agak lama lebih
kurang 2 jam sahaja untuk kedua2 anak saya.
Anak2 saya mempunyai kulit yang cantik dan kanak2 yg sangat aktif.IQ nya juga
amat memberangsangkan.
Semestinya saya akan menggunakan Salindah lagi sekiranya hamil anak yang
seterusnya..

Puan Susie, Johor Bahru
Salam, saya telah menggunakan set
mengandung Salindah sejak saya mengandungkan anak pertama & kedua.Saya
menggunakan seawal usia kandungan 3 bulan (12mggu).Hasilnya semasa mengandung
saya tidak mudah letih dan sentiasa cergas walaupun saya perlu memandu 1 jam
setengah setiap hari untuk ke pejabat.(Pergi balik 3 jam.) Alhamdulillah semasa melahirkan
juga tidak menunggu masa yang agak lama lebih kurang 2 jam sahaja untuk kedua2
anak saya.Anak2 saya mempunyai kulit yang cantik dan kanak2 yg sangat aktif.IQ
nya juga amat memberangsangkan. Semestinya saya akan menggunakan Salindah lagi sekiranya hamil anak yang
seterusnya..

Puan Dirayah Dollah
Saya telah menggunakan set lengkap
Salindah sejak dari awal kandungan (3 bln), dan saya telah selamat melahirkan
anak pertama secara normal dengan berat bayi 4.3kg.
Saya dapati anak saya lebih kuat tulangnya dan cepat dari segi pertumbuhan
fizikalnya. Dia mula mengangkat kepala sejak usianya 2 hari, mula meniarap
seawal 2 bln, mula tumbuh gigi di usia 4 bln dan mula duduk pada usia 6 bln.
Malah pakar kanak2 mengatakan ia adalah bonus kerana mendapat anak yg cepat
perkembangan fizikalnya.
Saya pasti akan menggunakan produk ini lagi sekiranya saya diberi rezeki utk
mengandung anak kedua kelak. InsyaAllah.

Puan Yanti Mat Isa
Assalamualaikum, Saya hanya mula menggunakan
Salindah ketika mengandungkan anak yang ketiga. Itupun setelah diperkenalkan
oleh kawan-kawan. Setelah menggunakannya, saya dapati memang ada kesannya.
Semasa mengandung saya kurang loya berbanding dulu. Badan pun lebih bertenaga.
Proses kelahiran juga cepat. Alahamdulillah saya dikurniakan anak yang sihat,
berkulit cantik dan comel. Anak saya juga tahan daripada penyakit, misalnya
susah nak demam, selsema dan sebagainya. Memanglah kita yang merancang dan
Tuhan yang menentukan, tapi sebagai manusia biasa kita boleh berusaha ke arah
kesihatan yang lebih baik. Salindah memang tak menghampakan saya dan saya akan
terus menggunakannya jika saya mengandung lagi.. Insyaallah.

Puan Ros Aslina, Sri Serdang
Saya telah menggunakan Salindah
semasa mengandung anak pertama saya dan mendapati kesan-kesan baik contohnya
anak tidak kena demam kuning dan kulitnya pun cantik. Cara bersalin pula sangat
mudah, hanya dengan dua kali "push" sahaja. Semasa mengandung saya terpaksa
memandu seorang diri dari Serdang ke Setiawangsa setiap hari bekerja. Pemanduan
dua jam (sejam pergi dan sejam balik) setiap hari bekerja tidak terasa letih
langsung. Saya memang mengsyorkan produk ini kepada ibu-ibu yang mengandung.

Puan Salbiah
Saya adalah salah seorang pengguna
Salindah ini dan anak saya yang ke tiga baru berusia 3 bulan lebih. Dari
pengalaman saya ini, produk ini amat sesuailah dengan saya. Walaupun setelah
mengandung 7 bulan, saya baru menggunakan produk ini (baru dapat tahu), saya
dapat rasakan perbezaannya semasa mengandungkan anak pertama dan kedua (kini 2
½ tahun dan 1 ½ tahun). Antara perbezaannya ialah :
1 - Kurang merasa letih dan lesu, sentiasa ceria. (semasa mengandung dan selepas
bersalin).
2 - Tidak kena "cramp".
3 - Anak tidak kena sakit kuning.
4 - Anak tidak meragam, lebih cergas.
5 - Senang bersalin. (Berat anak saya ialah 3.85 kg dan bersalin normal -
alhamdullilah).
Tentang anak putih melepak tu bergantung pada gennya lah, kebetulan saja anak
saya keluar putih dan gebu (tembam).

Puan Wan Samihah Wan Ahmad
Makcik husband saya menggunakan
product ni dari awal pregnant hinggalah lepas bersalin. Dari apa yang dia
beritahu ianya memang OK, sehingga rasa sakit bersalin tu kurang lah berbanding
dengan 3 orang anak yang kesebelumnya. Bayangkan, pintu rahim dah terbuka 5 cm
pun dia cakap dia OK je...tak rasa apa-apa pun.

Puan Khasiba Taib
Saya ada menggunakan product ni sewaktu mengandungkan anak ke tiga.
Alhamdulillah...pada saya kesannya seperti: 1 - ia mengurangkan keletihan
badan semasa mengandung.
2 - waktu nak bersalin mengambil masa yang cepat.3 - kulit anak sederhana cerah dan kurang ditumbuhi ruam.

Encik Norsham Yunos
Isteri saya ada menggunakan
salindah nie sejak umur kandungan 3 bulan lagi (anak pertama). Nampaknya
alhamdullilah isteri saya bersalin pun mudah. Tentang anak putih melepak tu
bergantung pada gennya lah, jika emak bapak nya putih maka anaknya pun putihlah,
kalau kelabu maka kelabulah......

Reazal
Setakat ini produk ini tidak
memberikan sebarang masalah malah membantu ibu-ibu untuk bersalin terutamanya
sewaktu tiba masa untuk bersalin dan seawal masa selepas bersalin. Pasti anda
akan rasa perbezaannya bila mencuba produk ini. Sebab isteri saya sendiri yang
menyatakan perbezaan yang dialaminya.

Puan Noormala Che Noor, Keramat Wangsa, KL
Saya adalah bekas pengguna
SALINDAH dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan
produk ini. Saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan (3.8kg) yang
sihat walafiat dan kini berusia 4 bulan. Dari pemerhatian saya, anak saya ini
kuat daya tahanan diri dan punya tulang yang kuat. Kali pertama anak saya
meniarap sewaktu berusia 1 bulan. Dan kini telah menunjuk tanda-tanda
pertumbuhan gigi. Saya menggalakkan bakal-bakal ibu untuk mengguna produk ini.
Saya juga insyallah akan mengguna SALINDAH untuk zuriat saya yang seterusnya.

Encik Hamizat Harun
Assalamualaikum wbt.
Isteri saya ada menggunakan salindah nie sejak umur kandungan 3 bulan lagi (anak
ketiga). Nampaknya alhamdullilah isteri saya bersalin pun mudah. Seperti yang
kita tahu segalanya dari Allah, namun jika tidak berusaha mana akan dapat
hasilnya. Jadi jika sekiranya isteri saya mengandung lagi, insyaallah pasti saya
akan memberi isteri saya "Salindah" ini. Saranan saya kepada bakal ibubapa
atau yang belum pernah mencubanya, agar mencuba akan produk berjenama
"SALINDAH". Di sini saya juga ingin memberikan pendapat saya, kenyataan sakit
bersalin itu sememangnya sakit. Sebab itulah Allah s.w.t berfirman "Syahid" bagi
kaum ibu yang bersalin untuk melahirkan anak itu jika mereka-mereka ini
meninggal dunia. Jadi sebagai kaum bapa, kita pun tidak boleh pun mengurangkan
kesakitan yang di alami oleh kaum ibu. Tetapi, Insyaallah dengan produk salindah
ini sekurang-kurangnya kita berusaha mengurangkan sedikit bebanan kesakitan kaum
ibu itu. Insyaallah. |